Pages

Gambar Aaron Aziz Dan Diana Mengerjakan Umrah

on Jun 1, 2012

Salam semua,

Gambar Aaron Aziz Dan Diana Mengerjakan Umrah

Gambar Aaron Aziz Dan Diana Mengerjakan Umrah, ok! Bintang paling popular 2011 aaron aziz telah selamat pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan umrah dengan isterinya diana halik selama 12 hari. Gambar aaron aziz dan diana turut dikongsikan sebaik sahaja pulang.
Selain mengerjakan umrah, kami difahamkan aaron aziz turut menjalani penggambaran drama adam & hawa di luar kota mekah bersama sebuah produksi tempatan.
Berikut adalah gambar aaron aziz berada di tanah suci mekah. [sumber]


Tag : , , ,

Semakan Keputusan Kemasukan ke TEVT ILKA

on May 31, 2012

Salam semua,


Semakan Keputusan Kemasukan ke TEVT ILKA

Semakan keputusan kemasukan ke TEVT ILKA ok? Lepasan SPM 2011 sila buat semakan keputusan kemasukan ke TEVT dan ILKA 2012.


Bagi kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti, dan ILKA ialah pada 30 Mei 2012 (Rabu) mulai jam 12 tengahari.


Anda semua boleh membuat permohonan secara online melalui laman ini setelah memiliki no unik ID. Apapun sebelum melakukan sebarang permohonan anda pastikan telah disemak segala keperluan dan syarat program sebagaimana yang tertera.


Ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya masuk ke politeknik premier juga




Berikut adalah Cara Membuat semakan keputusan bagi permohonan ke TEVT dan ILKA juga politeknik premier dengan sms dan secara online.



Tag : , , ,

Tanah Suci Mekah Lokasi Bulan Madu Anang & Ashanty

Salam semua,


Tanah Suci Mekah Lokasi Bulan Madu Anang & Ashanty

Lokasi Bulan madu Anang dan Ashanty di tanah suci MekahSelebriti Indonesia, Anang & Ashanti yang mengikatkan tali pernikahan pada 12 Mei tahun ini memilih Mekah untuk menunaikan ibadah umrah serta sebagai lokasi bulan madu mereka.

Berkata kepada media, “Kami keliru dengan lokasi bulan madu sehingga akhirnya memilih Mekah sekaligus menjalani ibadah umrah di sana. Apatah lagi, kami juga mengajak ahli keluarga untuk turut serta bersama-sama menunaikan ibadah di Tanah Suci, dan ini akan menjadi satu pengalaman yang paling menarik dalam hidup kami,” ujar Anang yang ditemani Ashanty ketika ditemui di Bandar Soekarno-Hatta.
Ashanty pula membalas bahawa peluang sebegini akan diambil untuk berdoa bagi mendapatkan kesejahteraan rumah tangga yang baru dibina.
“Saya akan suka sekali berbulan madu sambil beribadah bersama ahli keluarga. Disana saya akan berdoa supaya pernikahan ini dirahmati dan diberkati tuhan. Ini juga adalah umrah saya yang pertama bersama mereka.
 Sumber :OhBulan
Tag : , , , ,

AIRBUS A380 Kini Milik MAS Dengan Wajah Baru

on May 30, 2012

Salam semua,


AIRBUS A380 Kini Milik MAS Dengan Wajah Baru

Tahniah kepada Malaysia Airlines (MAS) dengan pemilikan pesawat Airbus yang bakal mengubah halatuju syarikat gergasi itu. Pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines (MAS) selamat mendarat pada 3.40 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang hari ini. Cuma penampilannya nampak agak berbeza dari segi corak pesawat atau “trademark” MAS sebelum ini yang menggunakan padanan warna merah, putih dan biru.
Ini bermakna MAS telah mengubah penjenamaan mereka agar nampak lebih segar dan gah dengan penampilan putih dan biru yang dipadankan dalam rekabentuk terkini logo dan lambang syarikat itu.
MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, semalam dan kini menjadi pengendali kelapan pesawat penumpang itu. Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.
Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi. Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.
Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air. Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar 40×87 inci. [sumber]


Tag : , , ,

Gambar Elia Bakal Kahwin Jalani Ujian HIV

Salam semua,

Gambar Elia Bakal Kahwin Jalani Ujian HIV

Gambar Elia bekas tunang Khairul Fahmi dikatakan bakal berkahwin kerana telah menjalani ujian saringan HIV. Melalui blog  Elia sendiri iaitu jejariruncing, Elia telah membuat satu ujian HIV bagi memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan. Kalau betullah Elia dah nak kahwin, mesti melepas la Khairul  Fahmi ni. Dah xde jodohlah namanya tu. [Melvister]








Tag : , , , ,

[5 Gambar] Gambar Anak Tomok Yang Terbaru Bersama Isma

Salam semua,


[5 Gambar] Gambar Anak Tomok Yang Terbaru Bersama Isma 

Mesti ramai peminat Tomok yang tak sabar menantikan gambar terbaru dan gambar lain anak Tomok yang baru sahaja selamat dilahirkan petang semalam.

Kali nie, giliran kakak Tomok pulak berkongsi gambar anak saudara barunya kepada semua peminat Tomok. Ada lagi gambar yang lain yang admin akan kongsikan dari Instagram Isma ini. Harap anda semua berpuas hati [Meow]










Tag : , , , ,

Nazmi Faiz Bakal Terima Gaji RM300,000 Sebulan Dari Kelab Beira-Mar?

Salam semua,

Nazmi Faiz Bakal Terima Gaji RM300,000 Sebulan Dari Kelab Beira-Mar?

Bintang bola sepak Harimau Muda, Nazmi Faiz awal bulan ini mencipta kejutan apabila di’terima untuk menyertai SC Beira-Mar sebuah kelab bola sepak Portugal.
Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 & beliau akan mula bermain dengan pasukan utama pada Ogos 2012 selepas mencecah 18 tahun.
Yang menarik minat para selebriti wanita hari ini ialah angka gaji yang bakal di’terima oleh Nazmi Faiz sepanjang beraksi di’sana — RM300,000 (€76,000) sebulan.
Ejen beliau Marco Guimaraes mengakui jumlah yang di’terima Nazmi Faiz memang lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi enggan mendedahkan jumlah sebenar.
Nazmi Faiz sendiri masih belum berikan sebarang respons.
Jika jumlah yang di’khabarkan itu benar & sebenarnya tidak mustahil, Nazmi Faiz bakal bergelar jutawan bola sepak muda — jauh lebih muda daripada Safee Sali yang menerima RM118,000 sebulan di Indonesia. [Informasi]

Tag : , ,

Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Album Terbaru Sami Yusuf, ‘Salaam’

on May 29, 2012

Salam semua,


Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Album Terbaru Sami Yusuf, ‘Salaam’

Setelah mencatatkan jutaan jualan, penyanyi dan pencipta lagu, Sami Yusuf bersedia untuk memasarkan album terbaru beliau, ‘Salaam’ di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat rakaman dan pengedar dari Malaysia, Arteffects International.
Meneruskan kecemerlangan album-album terdahulu, ‘Al-Muallim’, ‘My Ummah’ dan ‘Wherever You Are’, album studio keempat Sami Yusuf ‘Salaam’ bakal menghidangkan selera dan tema lagu yang lebih pelbagai. Album ini juga turut diserikan dengan gandingan istimewa oleh Diva dari Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza untuk single utama, “You Came To Me” yang telah dirakam di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Sebagai wakil rasmi Sami Yusuf dan pengurusannya, ETM International, di Malaysia, Singapura dan Brunei, Arteffects International begitu berbesar hati untuk mengembangkan keindahan muzik Sami Yusuf dan mesej-mesej di dalam lagu beliau, yang sememangnya telah menambat serta menawan hati dan perasaan jutaan insan di dunia.
Album ini akan dipasarkan seiring dengan Konsert Jelajah Salam 2012 (Salaam Tour Concert 2012). Konsert ini akan diadakan di Stadium Terutup Singapura, Singapura pada 8 Julai 2012 dan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Malaysia pada 14 Julai 2012.
Salam akan berada di semua rangkaian kedai-kedai muzik dan lokasi terpilih; berserta langganan muat turun nada dering dan muat turun digital tidak lama lagi.
Sebarang pertanyaan, sila emel ke newmedia@arteffects.com.my atau hubungi 03-7727 1297. [sumber]
Tag : , , , ,
 
© Berita Terbaru | Belogfadah Sempoi | Hiburan Malaysia | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO